Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

5 Kesilapan Ramai Orang Tentang Simpanan Emas

Last updated: 17/03/2025

Simpanan emas bukan lagi sesuatu yang baru dalam kalangan ramai. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak kini semakin ramai yang celik ilmu emas. 

Walaupun semakin ramai yang mula memahami manfaat simpanannya, namun masih ramai yang melakukan kesilapan.

Ini 5 kesilapan utama yang sering dilakukan oleh mereka yang baru ingin menyimpan emas.

 

  1. Fikir Kena Ada Modal Besar untuk Simpan Emas

Ramai sangka emas hanya untuk orang kaya? ehhh betul ke ni? salah tanggapan tu.

Hakikatnya, anda boleh mula menyimpan emas dengan sekecil 0.1 gram! Dengan strategi yang betul, sesiapa sahaja boleh menyimpan emas tanpa perlu modal besar.

Tahukah anda menyimpan emas di GB Gold Malaysia menerusi akaun emas Gold Bullion Storage (GBS), boleh serendah RM10. GB Gold Malaysia adalah satu-satunya syarikat peneraju emas yang menawarkan simpanan emas di akaun emas dengan harga paling rendah iaitu RM10.

Ini bagi menggalakkan lebih ramai termasuk kanak-kanak menyimpan emas di usia muda. Jadi tiada alasan tak boleh simpan emas.

 

  1. Tunggu Harga Jatuh Baru Nak Beli

Harga emas memang ada turun dan naiknya setiap hari, tapi dalam jangka masa panjang, harganya akan sentiasa naik. Jangan biasakan menyimpan emas dengan menunggu harga lebih rendah daripada selalu. Jika anda asyik menunggu harga turun, akhirnya anda hanya terus menunggu tanpa sempat memiliki emas.

Simpan emas jangan fokus kepada harga yang sering meningkat. Sebaliknya, teruskan konsisten dalam simpanan emas mengikut gram simpanan yang anda target setiap bulan. Harga emas naik kita simpan emas, harga emas turun kita simpan lebih. 

Jadilah bijak dalam simpanan emas dan pastikan berlakunya pertambahan gram setiap bulan.

 

  1. Simpan Emas Tapi Tak Faham Nilainya

Sebelum menyimpan emas, pelajarilah serba sedikit tentang ilmu simpanan emas. Jangan hanya beli emas tanpa ilmu!

Pastikan anda faham tentang spread (perbezaan harga beli dan jual), jenis emas yang sesuai untuk simpanan dan bagaimana emas boleh digunakan ketika berlakunya kecemasan.

Simpan emas dengan kaedah yang betul amat membantu anda menyimpan sehingga berjaya sampai matlamatnya.

 

  1. Tidak Konsisten Menyimpan

Hari ini beli, esok jual. Beli dan simpan emas bukan seperti membeli ikan di pasar! Hari ini beli esok lusa dah dibuat lauk. Gagal konsisten dalam simpanan emas bererti detik hitam buat anda berdepan kegagalan dalam simpanan emas.

Jangan biasakan simpanan bulanan lompong di mana-mana bulan itu lebih merugikan dan akhirnya emas yang dikumpul tak berjaya sampai jumlah yang diinginkan. Penyimpan emas yang berjaya adalah mereka yang konsisten pertambahan gram dalam akaun emasnya. Belilah emas walaupun sedikit demi sedikit.

 

  1. Simpan Emas Tapi Tak Tahu Cara Nak Cairkan

Pastikan anda tahu di mana boleh jual emas dengan harga terbaik. Jangan jual di tempat yang mengenakan spread tinggi atau caj tersembunyi yang merugikan anda.

 

Jika anda ingin menyimpan emas dengan bijak, elakkan berlakunya 5 kesilapan ini. Mulakan dengan ilmu yang betul, dan jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang anda!

----

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles