Last updated: 27/05/2025
Setiap kali gaji masuk, kita sering terperangkap dalam dilema, nak bayar hutang dulu atau mula menyimpan emas?
Ramai fikir, biarlah habis hutang dulu baru boleh fikir soal simpanan. Tapi hakikatnya, kita tak perlu tunggu lama pun. Kita boleh selesaikan kedua-duanya sekali dalam satu masa.
Jika kita terus tunggu ‘waktu sempurna’, mungkin sampai pencen pun kita takkan mula buat saving.
Sebenarnya, simpanan emas bukan tentang tunggu duit lebih, tapi tentang keutamaan dan disiplin. Walau sekadar 10 - 20% dari gaji bulanan, ia tetap langkah bijak, lindungi masa depan. Bayar hutang itu wajib, dan penting juga untuk berusaha menyelesaikannya dalam tempoh yang sama supaya beban kewangan tidak berpanjangan.
Simpanan emas pula berperanan sebagai pelindung, bila kecemasan datang, emaslah yang boleh selamatkan kita dari menambah beban baru. Dengan mengurus kedua-duanya secara seimbang, kita bina asas kewangan yang lebih kukuh dan terancang.
Contohnya:
Gaji RM2,000
Komitmen hutang RM800
Belanja wajib RM800 (belanja dapur dan minyak kereta)
Baki RM400
Apa kita boleh buat?
Langkah praktikal:
Simpan dulu 10-20% dari gaji untuk emas (RM200 - RM400)
Anggap ia “bayar kepada diri sendiri”
Gunakan platform mesra bajet (macam akaun emas Gold Bullion Storage (GBS) serendah RM10)
Boleh beli goldbar kecil 0.1g – 0.5g, konsisten lebih penting dari banyak
Gunakan baki RM400 untuk bayar lebih kepada hutang
Supaya cepat habis dan jimat faedah (kalau ada)
Fikirkan simpanan emas sebagai perisai masa depan
Kalau simpan RM10 sehari = RM300 sebulan = boleh simpan lebih 0.5g emas sebulan
Dalam setahun dah ada 6g emas (simpanan tanpa rasa terbeban)
Kerana emas tak boleh 'bocor' macam duit dalam bank
Tak ganggu emosi walaupun harga emas turun naik
Bila ada kecemasan (kereta rosak, anak sakit), emas boleh bantu tanpa tambah hutang baru dan di sinilah emas memainkan peranannya.
Hutang selesai, emas pun ada dan itu 'saving goal' yang sebenar. Kemenangan berganda, hutang selesai emas pun ada.
---
Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:
- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?
Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.
Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?
Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:
1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.
Simpan Emas, Simpan Masa Depan
Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.
Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.
Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!
More Articles