Last updated: 12/04/2025
Kalau dulu kita selalu bayangkan emas dalam bentuk jongkong, wafer, atau dinar. Tapi hari ini, dunia emas semakin berkembang dan kreatif. Ada sesuatu yang semakin mencuri perhatian iaitu emas berbentuk.
Ya, emas yang bukan hanya sekadar segi empat bukan sekadar bulat, tapi direka dengan bentuk huruf, simbol, dan corak yang membawa makna tersendiri.
Dan siapa sangka, pencetus perubahan besar ini datang dari tanah air kita sendiri iaitu GB Gold Malaysia, peneraju emas berbentuk pertama di negara ini.
Bila sebut tentang emas berbentuk, pasti ada yang rasa teruja, tapi tak kurang juga yang masih ragu-ragu.
Ada yang melihat daripada perspektif tersendiri! sebagai sesuatu yang unik, cantik malah tersangat eksklusif. Ada pula yang tertanya-tanya, “Kalau dah bentuk lain macam ni, boleh simpan macam biasa ke? Macamana nak jual balik, ada yang nak beli ke nanti?”
Soalan tu memang valid. Tapi di sebalik bentuknya yang lain dari biasa, emas tetap emas. Tetap bernilai, malah, keasliannya tetap terjaga. Yang berbeza cuma cara ia disampaikan , lebih segar, lebih bermakna.
Rekaan yang eksklusif & penuh maksud
Emas berbentuk bukan sekadar rekaan. Ia ada jiwa tersendiri. Contohnya koleksi Alif, simbolik kepada permulaan atau yang pertama. Manakala koleksi kesinambungannya iaitu One Ummah – lebih kepada lambang kesatuan dan kekuatan umat. Ia bukan hanya hiasan, tapi satu peringatan yang membawa kebersamaan.
Hadiah istimewa yang kekal selamanya
Tak ada hadiah yang lebih bermakna selain emas. Dalam jutaan hadiah yang mahal di dunia, emas paling relevan. Tapi bila emas itu pula dibentuk dengan nama, huruf atau simbol tertentu, ia jadi lebih personal dan eksklusif.
Masih merupakan simpanan nilai sebenar
GB Gold tetap gunakan emas tulen – semua emas di GB Gold Malaysia adalah 999.9 (24K). Jadi walau bentuknya eksklusif, nilainya tetap kukuh sebagai simpanan jangka panjang.
Buka mata generasi baru
Zaman sekarang, anak muda lebih tertarik pada sesuatu yang kreatif dan moden. Emaskah? Ya, tapi bentuknya kena ‘kena gaya’. Dan di sinilah emas berbentuk itu menjadi pintu masuk untuk mereka yang mula nak menyimpan, bentuk-bentuk yang cantik bagaikan power yang menjadi tarikan dan mereka yang baru dalam simpanan emas dapat perlahan-lahan belajar hargai nilai sebenar emas.
Sejujurnya, apa saja yang unik dan eksklusif pasti ada cabaran dan saingannya. Tapi orang tahu mana yang original.
Kos pembuatan mungkin lebih tinggi – sebab prosesnya lebih rumit berbanding yang hanya segi empat dan berbentuk bulat.
Pasaran jual semula lebih terhad – tapi kalau beli dari GB Gold, anda boleh jual semula kepada syarikat ini.
Perlu jaga elok-elok – bentuk unik mungkin lebih sensitif pada calar atau tekanan.
Tapi kalau kita tahu tujuan kita simpan emas, cabaran sekecil ini bukan halangan besar. Lagi pula, setiap bentuk itu membawa cerita dan kisah kenangan tersendiri.
Sebagai syarikat emas tempatan yang berani mencabar kelaziman dan menongkah arus kebiasaan, GB Gold tak hanya menjual emas tetapi mendidik orang ramai dalam simpanan emas dan menginspirasikan.
Banyak koleksi eksklusif keluaran GB Gold Malaysia seperti:
Alif
Meow Edition
GB Gold Malaysia bukan saja mencipta rekaan, tapi membina identiti baru untuk penyimpan emas di Malaysia.
Kami percaya, emas tak semestinya membosankan. Tetapi kreativiti yang boleh dibanggakan. Ia boleh jadi menarik, moden, ada nilai jiwa yang kekal sebagai simpanan bernilai.
Kerana ramai yang begitu menghargai hasil kerja dan usaha, itulah sebabnya GB Gold berdiri di tahap ini, peneraju emas berbentuk pertama di Malaysia. Kami bukan ikut trend, sebaliknya kami mencipta trend tersendiri.
Emas berbentuk mungkin nampak ‘lain’ pada awalnya. Tapi dalam dunia yang sentiasa berubah, kita juga perlu berani berubah. Sebab bila kita berani mulakan sesuatu yang baru, kita juga yang akan jadi pencetus kepada sesuatu yang lebih besar!
Dan siapa tahu emas GB Gold Malaysia yang anda simpan hari ini, mungkin satu hari nanti menjadi kisah bermakna untuk generasi selepas anda.
---
Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:
- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?
Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.
Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?
Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:
1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.
Simpan Emas, Simpan Masa Depan
Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.
Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.
Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!
More Articles