Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

2025 masa untuk matlamatkan simpanan sepanjang tahun

Last updated: 01/01/2025

2025 masa untuk matlamatkan simpanan sepanjang tahun

Dah masuk ke tahun 2025, masa untuk matlamatkan simpanan sepanjang tahun! Takkan masih nak biarkan rongga di mana-mana bulan, apa kata kali ini tegaskan disiplinn diri untuk konsisten menyimpan setiap bulan.

1. Tetapkan Matlamat Simpanan Emas

  • Kenal pasti tujuan anda menyimpan emas. Apa jenis dana yang ini anda utamakan seperti dana kecemasan, pendidikan anak, atau hadiah untuk diri sendiri di masa depan.
  • Contoh: "Simpan 1 gram emas setiap bulan" atau "Capai 10 gram dalam setahun." Ada duit lebih boleh matlamatkan gram yang lebih besar.

2. Buat Tabung Emas Keluarga

  • Libatkan ahli keluarga untuk menyimpan bersama. Setiap orang boleh menyumbang, walaupun sedikit, untuk memiliki emas bersama.
  • Contoh: tabung emas suami isteri, tabung emas ibu dan anak atau tabung emas adik-beradik.
  • Aktiviti ini juga boleh mengeratkan hubungan keluarga dan mendidik ahli keluarga tentang nilai simpanan.

3. Guna Konsep “Hadiahkan Emas”

  • Setiap kali ada lebihan wang, belikan sekeping emas kecil untuk diri sendiri (self reward). Anggap ia sebagai hadiah atas usaha awak sepanjang bulan.

4. Simpan Emas di GBS untuk Kemudahan

  • Simpanan di GBS sebagai cara mudah menyimpan secara digital dan tanpa risiko menyimpan emas fizikal di rumah.
  • Jejak simpanan dengan aplikasi untuk memantau perkembangan sepanjang tahun.
  • Boleh masukkan simpanan secara harian serendah RM10 atau tetapkan simpanan untuk sebulan terus.

5. Ubah Duit Bonus simpanan di institusi perbankan kepada Emas

  • Setiap kali dapat bonus, angpao, atau keuntungan tambahan, tukarkan sebahagiannya kepada emas.
  • Ini memastikan wang tidak habis dan lesap begitu sahaja. Secara tak langsung ia menyekat anda daripada perbelanjaan kurang penting.
  • Boleh alihkan simpanan wang di institusi perbankan kepada simpanan emas bagi memelihara nilai wang anda.

6. Cabaran “Gram Emas Bulanan”

  • Mulakan cabaran baru dengan rakan-rakan yang juga penyimpan emas. Ajak mereka membuat simpanan sekurang-kurangnya 1 gram emas sebulan.
  • Jadikan ia satu motivasi bersama untuk terus konsisten. Ia satu langkah bijak untuk elak wang gaji dibazirkan untuk yang tidak berfaedah.

7. Emas untuk Masa Depan Anak-anak

  • Jadikan simpanan emas sebagai hadiah istimewa untuk anak-anak kelak, contohnya untuk majlis perkahwinan mereka.
  • Jika anda bujang, boleh dijadikan simpanan untuk pembelian aset tanpa hutang atau majlis perkahwinan kelak.

8. Simpan “Sikit Tapi Konsisten”

  • Jika tak mampu simpan banyak, mulakan dengan nilai kecil tapi konsisten. Contohnya RM50 atau RM100 setiap bulan untuk beli emas. Lama-lama, akan terkumpul juga.
  • GB Gold Malaysia sentiasa memahami para pelanggan atas sebab itu, pembelian emas di GBS dibuka serendah RM10 bagi menggalakkan semua orang menyimpan emas untuk masa depan.

9. Pantau Harga Emas

  • Amalkan tabiat memantau harga emas, dan manfaatkan peluang membeli semasa harga rendah.
  • Buat pembelian yang bijak tanpa tekanan.

10. Kongsi Inspirasi dengan Orang Lain

  • Ceritakan perjalanan simpanan emas awak di media sosial. Inspirasi ini boleh membantu lebih ramai orang mula menyimpan.
  • Jadilah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

-----

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

---

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

---

Kesimpulan: Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles