Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Betul ke simpanan emas susah? Atau kita yang takut nak mula?

Last updated: 26/08/2025

“Emas makin mahal sekarang… nak mula simpan pun rasa susah.”

Selalu sangat kita dengar rungutan sebegini, kan? Ramai yang masih terperangkap dengan cara fikir lama. Ingat nak simpan emas kena beli sekeping gold bar 100 gram sekali gus ke?. Padahal zaman sekarang, pilihan simpanan emas dah jauh lebih mudah. GB Gold sendiri sediakan emas sekecil 0.1 gram hingga 1 kilogram. Soal modal bukan lagi alasan, yang membezakan cuma kesungguhan untuk mula.

Sebenarnya, kalau kita jujur, ramai yang takut mula simpan emas kerana nampak ia sebagai beban. Kita tunggu duit lebih, tunggu bonus, tunggu harga murah. Tapi realitinya, harga emas tak pernah tunggu kita. Dulu harga RM150/gram pun orang kata mahal, sekarang dah cecah lebih RM480/gram pun orang masih ulang ayat sama iaitu mahal! Jadi persoalannya, sampai bila kita nak tunggu? Kalau asyik bertangguh, sepuluh tahun akan datang kita masih ulang alasan yang sama.

Memang betul, orang sekarang banyak beli emas secara berdikit-dikit. Bukan sebab mereka tak mampu, tapi sebab mereka bijak mengurus simpanan. Mereka tak tunggu kaya baru mula simpan emas, tapi mereka jadi kaya kerana disiplin mula dari awal. Setiap bulan mereka asingkan sedikit duit, tak kira  RM50, RM100, atau RM400. Semua tukar jadi emas. Lama-lama terkumpul juga. Emas ni bukan perlumbaan siapa beli paling banyak sekaligus, tapi siapa paling konsisten dan disiplin.

Ada pula yang tanya, 'Kalau harga emas makin naik, tak rugi ke beli sekarang?' Jawapannya mudah, emas bukan untuk dibeli hari ini dan dijual minggu depan. Bukan macam beli ikan di pasar! Emas adalah simpanan nilai jangka panjang. Nilai duit kertas boleh jatuh bila-bila masa disebabkan pelbagai faktor termasuk inflasi, harga barang naik, krisis ekonomi. Tapi emas tetap teguh berdiri. Nilainya mungkin turun naik sekejap, tapi trend jangka panjangnya sentiasa naik. Tahun 2000 hingga ke tahun 2025, dah cecah lebih RM480 segram. Kalau 10 tahun lepas kita kata 'nanti je lah beli emas, tunggu murah sikit,' hari ini anda masih ulang ayat sama. Bezanya, harga dah jadi berganda! Jadi bukan disebabkan harga emas yang salah, tapi kita yang suka bertangguh dan tidak bersungguh!

Simpan emas sebenarnya jauh lebih mudah bila kita ubah mindset.

Tukar saja 'duit lebih' kepada emas setiap bulan. Tak perlu tunggu ribu-ribu. Tak perlu paksa diri beli sekaligus. Kalau setiap bulan anda tukar RM200 kepada emas, dalam setahun dah jadi RM2,400. Dalam lima tahun, dah terkumpul lebih RM12,000 nilai emas walaupun dibeli sikit-sikit.

Bezanya dengan simpan duit kertas? Duit kertas selalu bocor, mudah terguna. Emas pula susah nak bocor sebab bukan semua orang simpan untuk dibelanjakan. Ia kekal selamat dan tak cair begitu saja. Emas disiplinkan kita, ajar kita tahan nafsu berbelanja.

Jadi betul ke simpanan emas susah? Hakikatnya, tak susah mana pun. Yang susah cuma nak ubah cara fikir. Kita sanggup berhabis untuk kopi mahal setiap pagi, kita sanggup belanja untuk barang viral atau fesyen terbaru. Tapi bila sebut emas,  simpanan yang nilainya kekal kita rasa berat. Orang bijak tak cari alasan, mereka cari jalan. Mereka mula dengan apa yang ada, dan biar masa yang membesarkan simpanan mereka.

Kesimpulannya, harga emas makin mahal bukan alasan untuk berhenti atau tak mula langsung. Sebaliknya, 'alasan' paling kukuh untuk kita mula sekarang. Tak perlu tunggu kaya. Tak perlu tunggu harga turun. Tak perlu modal besar. Cukup dengan sedikit demi sedikit tapi konsisten. Lebih baik ada 0.5 gram emas hari ini daripada tiada langsung. Jangan biarkan alasan menghalang masa depan anda.

Nak mula simpan emas tanpa stres?

GB Gold dah sediakan platform simpanan emas terbaik untuk semua mulakan iaitu Gold Bullion Storage (GBS). Simpanan mesra poket anda dan ikut bajet anda. Mulakan simpanan nilai anda sekarang, dan lihat bagaimana ia membesar bersama masa. Layari laman rasmi GB Gold atau hubungi kami hari ini, jangan tunggu sampai harga naik lagi.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles