Last updated: 29/07/2025
Pernah terfikir tak??
Kenapa anak kita susah nak faham erti duit?. Kenapa bila dapat duit, habis tak sampai seminggu pun?. Kenapa anak-anak tak reti menyimpan, asyik nak beli itu ini, last-last lesap macam tu je?
Jawapannya bukan sebab mereka degil, bukan juga sebab mereka boros, tapi sebab mereka tak pernah diajar. Mereka tak pernah dibentuk oleh ibu bapa sendiri tentang pentingnya ilmu kewangan sejak kecil lagi.
Bukan di sekolah. Tapi di rumah. Ya, bermula dari kita. Insan terdekat di hati anak-anak adalah ibu dan ayah.
Anak-anak bukan belajar melalui nasihat. Mereka belajar melalui contoh. Apa yang mereka lihat itulah yang mereka akan ikut.
Kalau mereka selalu nampak kita cakap 'mana ada duit', 'duit tak cukup lah', mereka akan hidup dalam ketakutan tentang duit. Kalau mereka selalu nampak kita beli ikut nafsu, mereka akan fikir duit itu untuk dibelanjakan semua.
Sebaliknya, kalau mereka nampak kita:
Catat belanja bulanan,
Simpan lebihan duit gaji,
Rancang belanja dapur sebelum keluar rumah,
Mereka secara tidak langsung akan mula faham bahawa duit itu bukan untuk dihabiskan, tapi untuk diurus.
Kita tak boleh harap anak tahu tentang kewangan, sebaliknya kitalah yang mainkan peranan untuk bentuk anak-anak. Kalau kita sendiri tak pernah tunjukkan cara mengurusnya bagaimana mereka akan terdidik dengan ilmu bermanfaat sebegini?
Jangan tunggu anak masuk universiti baru nak ajar cara urus duit.
Didikan kewangan sepatutnya bermula sejak mereka tahu mengira.
Bagaimana? bermula dengan:
Bezakan antara kehendak dan keperluan.
Kenal nilai wang: RM1 bukan sama dengan RM10.
Ajar mereka simpan sebahagian duit raya, bukan semua dibelanjakan. Tapi ditukar kepada emas untuk simpanan masa depan mereka
Beri mereka peluang urus duit sendiri dalam skala kecil:
Duit poket sekolah, didik mereka nak beli sesuatu perlu kumpul bukan minta.
Duit upah bantu kerja rumah, simpan untuk beli sesuatu yang bermanfaat.
Duit hasil jualan barang terpakai atau jualan surat khabar lama.
Setiap pengalaman kecil ini adalah asas yang membina pemikiran kewangan mereka nanti.
Zaman sekarang ramai ibu bapa terlalu memudahkan anak.
Nak apa, terus dapat. Mainan rosak, beli baru. Barang hilang, terus ganti baru. Cara ini buat mereka rasa 'duit perlu dibelanjakan'.
Hasilnya? Anak membesar tanpa rasa tanggungjawab terhadap harta dan duit.
Cuba ubah sedikit:
Nak beli mainan? Kumpul dulu duit simpanan.
Nak telefon baru? Bantu mama berniaga dulu.
Nak keluar jalan-jalan? Tunjuk result bagus dulu.
Bila mereka rasa 'payah' nak dapatkan sesuatu, barulah mereka akan lebih hargai. Barulah mereka tahu bahawa duit tak datang dari langit. Tak dapat dengan mudah macam hujan.
Media sosial sekarang ajar anak-anak kita satu perkara, Siapa paling kaya, dia paling bergaya. Ini sesuatu yang perlu kita elakkan. Dalam masa yang sama kita sebagai ibu bapa perlu terus ceritakan pada anak-anak bahawa betapa hebatnya jadi orang yang membesar dengan simpanan emas. Betapa bertuahnya orang yang ada simpanan emas.
Tapi kita sebagai ibu bapa kena biasakan budaya ni. Kita kena ajar:
Simpan itu lebih mulia dari menunjuk.
Sederhana itu lebih tenang dari berhutang.
Ada duit belum tentu ada ketenangan.
Beli barang mahal belum tentu untung. Tapi simpan emas, simpan duit, simpan nilai itulah yang jadi perisai saat kita terasa susah di kemudian hari.
Tak semestinya tunggu anak besar baru ajak bincang hal kewangan. Seawal usia 7 tahun pun mereka dah boleh faham. Buat anak macam kawan, ajak dia menyimpan sekali.
Contohnya:
Ajak sama-sama buat bajet raya.
Tunjuk resit barang dapur dan ajar kira perbelanjaan.
Tunjuk cara banding harga sebelum beli.
Bukan untuk bebankan mereka. Tapi untuk dedahkan realiti kehidupan.
Biar mereka tahu, hidup ini bukan sekadar cukup duit, tapi cukup ilmu urus duit.
Anak-anak akan rasa lebih teruja bila dapat buka akaun sendiri. Ia beri mereka rasa tanggungjawab. Ia beri mereka rasa 'dewasa'.
Tak semestinya akaun bank sahaja, Boleh juga ajar mereka simpan dalam bentuk:
Tabung emas digital atau fizikal
Simpanan emas serendah RM10 setiap bulan
Yang penting mereka faham. Setiap sen yang disimpan hari ini adalah pelindung untuk hari esok.
Anak-anak yang belajar berniaga, akan lebih cepat matang dalam kewangan.
Tak perlu tunggu besar. Masa cuti sekolah, bantu mereka:
Jual air,
Jual keychain,
Jual barang preloved atau stiker
Dari situ mereka belajar:
Modal, untung, rugi,
Cara pujuk pelanggan,
Nilai sabar dan usaha,
Dan paling penting… Mereka belajar yang duit itu bukan untuk dibelanjakan semua, tapi untuk digandakan dengan bijak.
Anak-anak kita akan hadapi dunia yang lebih mencabar beberapa tahun ke depannya. Ekonomi makin mencengkam. Kos sara hidup pula makin tinggi.
Kita mungkin tak dapat lindungi mereka dari semua itu, tapi kita boleh bekalkan mereka dengan:
Ilmu kewangan yang kukuh,
Nilai hidup yang sederhana,
Semangat usaha dan menyimpan,
Kalau hari ini kita tanam, Esok insyaAllah mereka tuai.
Mereka bukan hanya jadi anak yang bijak urus duit, tapi juga anak yang tahu erti cukup, syukur dan sabar.
Jangan biar anak-anak kita belajar kewangan dari influencer, dari kawan-kawan yang hidup ikut trend, dari iklan yang jual gaya hidup palsu dan dunia tipu-tipu.
Biarlah mereka belajar dari rumah, belajar dari ibu ayah dan hidup penuh hikmah, belajar bahawa kaya itu bukan pada banyaknya, tapi keberkatan hidup.
Dan semua ini bermula dengan kita ibu bapa mereka sendiri.
---
Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:
- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?
Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.
Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?
Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:
1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.
Simpan Emas, Simpan Masa Depan
Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.
Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.
Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!