Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Emas – Rahsia Menang Membeli, Menang Lagi Menyimpan

Last updated: 13/04/2025

Pernah tak kita terfikir, kenapa duit yang kita simpan bertahun-tahun dalam akaun bank masih tak mencukupi? Setiap bulan kita ikat perut, elak belanja yang bukan-bukan, tapi hujung tahun bila semak semula simpanan… hasilnya tidak seberapa. Sebabnya satu , duit kertas hari ini nilainya makin lama makin susut!

Walaupun pahit, itulah realiti sebenar nilai duit simpanan kita hari ini. Mahu atau tidak, setuju atau tidak itulah hakikat yang terpaksa kita telan.

Kita simpan RM1,000 tahun lepas, tapi hari ini RM1,000 itu tidak lagi mampu beli barang yang sama macam 5 tahun lepas. Nampak tak game kewangan yang terpaksa kita terima? Hakikat yang ramai orang tak nampak. Kita menang semasa menyimpan… tapi sebenarnya kalah bila duit kita kehilangan nilai perlahan-lahan!

Tapi ada satu cara simpanan yang lain. cara yang dapat menyelamatkan nilai simpanan yang kita ada sekarang sekaligus mengelakkan dari sebarang 'kebocoran'. Cara yang tak lapuk dek zaman, tak lekang dek inflasi. Cara yang terbukti dari dulu sampai sekarang masih kekal utuh iaitu simpanan emas.

Dan inilah yang dikatakan menang ketika membeli, dan menang lagi ketika menyimpan!

 

Kenapa Menang Semasa Membeli?

Bila kita beli emas, kita bukan sekadar beli logam kuning yang cantik berkilau. Sebaliknya kita sedang menukarkan wang kertas yang nilainya semakin susut kepada aset fizikal yang bernilai sebenar. Setiap gram emas yang kita simpan adalah nilai yang kekal. Malah tak terjejas dengan krisis, tak dimamah inflasi, dan tak dimusnahkan oleh masa.

Harga barang mungkin naik, nilai ringgit mungkin semakin lemah, tetapi emas tetap berdiri kukuh sebagai penyimpan nilai yang sebenar.

Buktinya, 10 tahun lepas harga emas sekitar RM200 segram. Hari ini, nilainya sudah menghampiri RM500 segram. Kalau dulu kita beli emas dengan RM1,000, sekarang nilainya boleh mencecah RM2,500 atau lebih. Kita bukan saja selamatkan duit daripada susut nilai, malah dapat gandakan nilainya tanpa perlu buat apa-apa. Hanya simpan dan  dijaga dengan baik.

Inilah kuasa emas. Kita beli sekali, tapi kita menang berkali-kali!

Menang Lagi Bila Menyimpan

Ramai orang beli emas bukan untuk dijual esok atau minggu depan. Tak sama macam beli ikan di pasar. Mereka beli untuk simpanan jangka panjang, sebagai bekalan masa depan. Dan menariknya, emas ni ada satu ‘kuasa pelik’, bila kita simpan dalam bentuk emas, kita jadi lebih sayang nak gunakan. Berbeza dengan duit dalam dompet atau dalam akaun bank, emas buat kita fikir dua tiga kali sebelum ‘korek’ simpanan.

Itulah kekuatan emas yang secara tak langsung ia mendidik kita untuk berdisiplin secara semula jadi.

Kita simpan emas bukan kerana kita dah kaya. Tapi sebab kita nak belajar simpan, nak paksa diri bina tabiat menabung. Dan bila dah mula simpan sikit-sikit, kita akan mula rasa yakin. Yakin bahawa kita mampu simpan lebih lagi. Yakin bahawa satu hari nanti, emas itu boleh bantu kita dalam keadaan terdesak.

Sama ada untuk kecemasan, pendidikan anak-anak, rawatan kesihatan, atau pun untuk bina rumah impian, simpanan emas boleh jadi penyelamat.

 

Ilmu Emas Untuk Semua

Satu masa dulu, simpanan emas hanya dikaitkan dengan orang kaya, peniaga besar atau ahli perniagaan. Tapi hari ini, dengan kesedaran yang makin meningkat dan produk emas yang makin mudah dimiliki, semua orang boleh mula simpan emas.

Suri rumah boleh mula simpan.
Anak muda boleh mula simpan.
Ibu tunggal, peniaga kecil, pekerja makan gaji, pelajar dan kanak-kanak pun semua boleh mula.

Jadi tiada alasan tak boleh simpan emas!

Dengan adanya pilihan emas bajet serendah 0.1 gram atau 0.5g kita tak perlu tunggu kaya untuk mula. Kita cuma perlu mula untuk jadi kaya.

Dan di sinilah peranan besar yang dimainkan oleh GB Gold Malaysia sebuah jenama emas tempatan yang bukan saja menawarkan emas fizikal, tetapi juga menjadi peneraju dalam menyediakan produk emas berbentuk pertama di Malaysia. Produk-produk GB Gold bukan sekadar cantik, tapi padat dengan nilai dan penuh mesej kesedaran!

Di akaun emas Gold Bullion Storage (GBS) misalnya, anda boleh membeli emas dan menyimpan sedikit demi sedikit. Apabila nilai gram telah mencukupi anda boleh withdraw dan fizikalkan kepada emas mengikut nilai gram yang berjaya anda kumpul.

Simpan emas di GBS tiada sekatan usia. Warga emas, golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak semua boleh menyimpan.

Sebab apa? Sebab emas tiada had usia, emas tiada tarikh luput, emas untuk semua, emas didik semua celik kewangan.

 

Simpanan Emas Untuk Anak – Warisan Paling Bernilai

Kalau kita benar-benar sayangkan anak-anak, berilah mereka sesuatu yang bernilai untuk masa depan. Bukan sekadar barang mainan, bukan sekadar baju baru… tapi simpanan emas!

Buka satu akaun emas khas untuk mereka. Simpan sedikit demi sedikit setiap bulan. Tak perlu banyak. Asalkan konsisten. Bayangkan kumpul RM50 seminggu dalam sebulan, 10 tahun akan datang, anak kita bukan hanya ada simpanan… tapi juga warisan ilmu kewangan dan kesedaran tentang nilai.

Kita mungkin tak mampu tinggalkan tanah berjuta-juta. Tapi kita mampu tinggalkan emas yang bernilai dan tabiat menyimpan yang membentuk kehidupan mereka.

Mula Sekarang, Bukan Nanti!

Ramai orang tunggu masa sesuai untuk mula. Tunggu gaji naik. Tunggu bonus masuk. Tunggu ‘lebihan duit’. Tapi akhirnya… tunggu tak pernah berakhir. Tunggu dan tunggu dan terus menunggu.

Hakikatnya, masa terbaik untuk mulakan simpan emas adalah semalam. Tapi kalau tak sempat, mulakanlah hari ini.

Mulakan dengan apa yang ada. Mulakan ikut kemampuan. Jangan tunggu sempurna baru nak mula. Sebab setiap gram pertama yang kita simpan, adalah langkah pertama menuju kestabilan dan ketenangan hidup.

 

Emas bukan sekadar barang perhiasan dan terapi mata. Malah lebih dari itu, merupakan penyelamat, pelindung, dan penentu arah masa depan kewangan kita.

Bila kita beli emas, kita menang kerana kita menyelamatkan nilai duit daripada terus susut. Bila kita simpan emas, kita menang lagi kerana kita sediakan pelindung masa depan untuk diri dan keluarga  tanpa sedar. Dan bila kita hadiahkan emas kepada anak-anak, kita lebih menang sebab kita sedang membina warisan yang bijak kewangan dengan ilmu tak ternilai.

Menang membeli. Menang, menang dan menang lagi menyimpan!

Itulah rahsia sebenar di sebalik emas. Dan kini, rahsia ini sudah bukan lagi rahsia. Ia milik semua yang berani untuk mula.

----

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles