Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Umur berapa terbaik dedahkan anak-anak dengan ilmu emas?

Last updated: 19/01/2026

Tak perlu tunggu anak pandai kira. Tak perlu tunggu gaji besar.
Dan sebenarnya, tak perlu tunggu “masa sesuai”.

Sebab tabiat menyimpan bukan bermula bila anak dah besar, tetapi bermula bila ibu bapa sedar awal, kalau hari ini kita tak ajar anak menghargai nilai, esok mereka akan belajar menghargai barang, bukan masa depan.

Ramai ibu bapa fikir simpanan emas itu cerita orang dewasa. Hakikatnya, ia adalah bahasa senyap yang anak belajar sejak kecil, melalui apa yang mereka lihat, bukan apa yang kita suruh.

Persoalannya sekarang, bila sebenarnya masa terbaik untuk anda mulakan didikan simpanan emas dan ilmu kewangan kepada anak?

1. Seawal 3–6 tahun: perkenalkan konsep, bukan nilai harga
Pada usia ini, anak belum faham angka atau harga emas. Cukup sekadar kenalkan emas sebagai sesuatu yang berharga dan perlu dijaga.
Contohnya, tunjukkan emas fizikal, biar mereka pegang, ceritakan bahawa ini “barang simpanan mama ayah untuk masa depan”.
Tujuannya bukan supaya mereka celik kewangan, tetapi supaya emas jadi benda biasa dalam hidup mereka, bukan asing.

2. Umur 7–9 tahun: mula kaitkan dengan usaha dan simpan
Ini umur anak sudah mula faham konsep menyimpan. Ibu bapa boleh mula cerita secara ringkas, setiap kali kita simpan sedikit demi sedikit, nilainya akan kekal lama.
Boleh kaitkan dengan duit raya atau duit ganjaran bukan untuk belanja semua, tetapi sebahagian disimpan dalam bentuk emas.
Di sini, anak belajar satu perkara penting iaitu tak semua duit perlu dihabiskan sekarang. Boleh belanja tapi hanya untuk perkara yang perlu sahaja.

3. Umur 10–12 tahun: bina disiplin dan konsistensi
Pada peringkat ini, anak sudah boleh faham beza antara simpan duit biasa dan simpan emas sebagai simpanan nilai.
Ibu bapa boleh libatkan anak dalam proses memilih berat emas kecil, terangkan kenapa simpan sedikit tetapi konsisten itu lebih penting.
Ini fasa membentuk disiplin dan sabar. Secara tak langsung anak terdidik dengan ilmu emas yang membentuk kesabaran tinggi untuk capai matlamat simpanan. Tak mengapa jika bukan hasil besar, tetapi tabiat simpanan yang betul.

4. Umur 13 tahun ke atas: ajar tanggungjawab dan perancangan masa depan
Remaja sudah boleh diajak berbincang tentang matlamat sama ada untuk tujuan pendidikan, keperluan masa depan, atau hadiah untuk diri sendiri hasil simpanan.
Emas di sini bukan sekadar barang berkilat, tetapi alat menyimpan nilai untuk jangka panjang. Apabila mereka faham konsep ini, cara mereka melihat duit dan emas juga  secara tak langsung akan berubah.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles