Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Ada Apa Dengan Dinar?

Last updated: 03/05/2025

Pernah tak kita tertanya-tanya, kenapa dinar selalu jadi sebutan bila bercakap pasal emas?

Bukan ke emas ni semua sama? Sekeping emas tetap emas, kan? Tapi... dinar ada ceritanya yang tersendiri. Ada sesuatu yang buat dia lebih dari sekadar “syiling emas”.

Hari ni, kita sama-sama selami, ada apa sebenarnya dengan dinar? Kenapa ramai orang memilihnya? Apa keistimewanya?

 

Sekeping Emas, Sejuta Nilai

Dinar bukan emas biasa. Ya, dia emas, tapi beratnya spesifik sebagai contoh, 1 dinar bersamaan 4.25 gram. Bukan saja-saja dibuat begitu. Berat tu standard sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Dari dulu, dinar telah menjadi medium urus niaga, bayaran zakat, mas kahwin, sampai simpan nilai.

Bayangkan, sekeping emas yang kita pegang hari ini, itulah berat dan nilai yang sama digunakan oleh para sahabat beratus tahun duhulu. Bukan hanya simpan emas, tapi simpan warisan serta sejarah lampaunya!

 

Kenapa Pilih Dinar?

“Kenapa orang tak beli gold bar je? Kan lagi besar, lagi berat?” Soalan ni selalu orang tanya. Jawapannya mudah, dinar dihasilkan dengan berat tersendiri tak diubah sejak zaman Nabi Muhammmad SAW, mudah dipegang, senang disimpan, dan paling penting ada nilai seni islamik yang melambangkan identitinya yang tersendiri.

Dinar selalu dipilih untuk mas kahwin, hadiah perkahwinan, hadiah bayi baru lahir, malah sebagai warisan keluarga. Dia bukan sekadar emas yang dihasilkan tanpa penelitian yang tinggi. Dia merupakan simbol yang menyimpan makna dan ada nilai emosi.

Bila hadiahkan seseorang sebentuk dinar, kita bukan sahaja memberi emas je. Tapi kita bagi satu cerita, satu legasi dan sejarah yang sarat pengertiannya. Itulah beza dinar dengan emas biasa.

 

Dinar & Relevannya Hari Ini

Walaupun kita dah hidup dalam dunia serba pintar yang penuh teknologi, dinar tetap relevan! Orang masih pilih dinar untuk:
Mas kahwin (ikut sunnah)
Hadiah istimewa (untuk yang tersayang, anak-anak, bayi, graduation, perkahwinan dan hari lahir)
Bayar zakat emas (untuk lebih memudahkan kerana ada berat tersendiri)
Koleksi eksklusif (design khas, limited edition)

Dan lebih menarik, dinar kini makin diminati oleh generasi muda. Mereka mula sedar bahawa “Kalau nak simpan emas, biar ada gaya. Biar ada cerita.”

 

Dinar VS Duit Kertas

Hari ni RM100 boleh beli macam-macam. Tapi 10 tahun akan datang? Belum tentu sama nilainya. Duit kertas makin lama makin susut.

Tapi emas? Lagi lama disimpan, lagi tinggi nilainya. Dinar tak terkecuali. Dia simpan nilai sebenar. Boleh diwariskan. Boleh jadi back-up saat perlu.

Sekeping dinar walaupun saiznya kecil, tapi nilainya besar. Besar sangat!

 

Dinar GB Gold: Apa Istimewanya?

Kalau awak cari dinar berkualiti, GB Gold ada koleksi dinar dengan design eksklusif & premium. Antaranya:
One Ummah

Alif

Bitullah

✨ Nabawi

✨ Koleksi Dinar Signature GB Gold

Semua dinar GB Gold datang dengan kualiti minting terbaik, berat tepat, emas tulen 999.9 & sijil ketulenan. Sesuai untuk koleksi, hadiah, atau simpanan. Bukan sekadar sekeping emas, tapi mempunyai nilai seni & identiti.

 

Ada Apa Dengan Dinar? Lebih Dari Emas

Akhirnya, dinar bukan sekadar “emas kecil”. Ia bukti yang mengupas sejarah. Bawa nilai dan bawa identiti. Bila kita simpan dinar, kita bukan hanya simpan emas. Kita sambung satu warisan. Kita hidupkan satu cerita.

Mungkin hari ini kita sekadar pegang satu keping. Tapi siapa tahu, esok dia jadi penyelamat. Atau jadi harta paling berharga buat generasi kita.

Ada apa dengan dinar? Ada sejarah. Ada nilai. Ada warisan. Dan awak boleh jadi sebahagian dari kisah itu.

----

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles