Processing...
Welcome to GB Gold Malaysia.
03-5524 3152 013-786 0916
customerservice@gbgold.my

My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Ada apa dengan Dirham?

Last updated: 16/04/2026

Pernah tak kita rasa macam nak mula simpan sesuatu, tapi bila tengok harga emas, dalam hati terus kata nanti dululah.

Di situlah sebenarnya ramai terlepas pandang sejenis logam yang besar nilainya iaitu dirham.

Dirham bukan sekadar kepingan perak berbentuk syiling, ada yang simpan untuk koleksi. Ia adalah salah satu bentuk simpanan yang lebih mesra ‘orang biasa’.

Harga tak tinggi dan mampu milik. Hari ini kalau kita simpan satu dirham. Nampak kecil, tak memberi kesan besar pun pada hidup. Tapi bila kita ulang perkara yang sama setiap bulan, tanpa sedar, kita sebenarnya sedang bina sesuatu yang ramai orang gagal buat iaitu disiplin.

Dan dalam dunia kewangan, disiplin sebenarnya jauh lebih mahal daripada jumlah.

Dirham juga ada kelebihan yang buat ramai orang mula jatuh hati bila dah faham.

Nilainya tak rapuh macam duit kertas yang boleh susut perlahan-lahan tanpa kita sedar.

Perak tetap perak dan ia sebenarnya ada nilai, ada permintaan. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, sekurang-kurangnya kita tahu, apa yang kita simpan itu bukan sekadar nombor di skrin.

Yang menariknya, dirham ni sangat fleksibel. Nak jual, boleh. Nak tukar kepada tunai, juga boleh. Nak simpan lama untuk masa depan pun boleh. Ia bukan sekadar simpan dan tunggu, tapi simpan dengan rasa yakin bahawa kita ada pilihan saat diperlukan.

Tapi yang paling penting. Dirham ni mampu melatih jiwa.

Ia ajar kita untuk bermula walaupun kecil.
Ia ajar kita untuk konsisten walaupun perlahan.
Dan ia ajar kita bahawa membina masa depan bukan tentang siapa paling laju, tapi siapa yang tak berhenti.

Untuk jangka masa panjang, dirham mungkin bukan nampak gah seperti emas.

Tapi dalam diam, ia boleh jadi penyelamat. Saat kita perlukan, saat kita terdesak, saat kita bersyukur kerana pernah mula walaupun dengan jumlah yang sedikit.

GB Gold kini bukan sekadar tampil dengan 1 dirham sahaja malah 5 dirham dan 10 dirham.

Untuk yang nak mendapatkan dirham keluaran GB Gold, boleh dapatkan segera di website GB Gold Malaysia.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles