Processing...

Blog - Fakta Emas

Emas logam mahal yang lembut dan tidak mudah berkarat

Last updated: 03/12/2024

Tahukah anda, emas adalah logam istimewa yang dianggap sebagai anugerah termahal daripada Yang Maha Pencipta kepada manusia.

Walaupun ia merupakan logam yang sangat berharga, namun sifat emas adalah mudah ditempa dan merupakan logam paling lembut di muka bumi.

Untuk pengetahuan anda, emas adalah logam yang paling sukar bertindakbalas dengan air, ia tidak akan teroksida dan berkarat walaupun direndam dalam air dalam tempoh yang lama.

Emas merupakan simbol kemewahan dan kekayaan. Sejak ribuan tahun lalu, emas telah digunakan sebagai perhiasan terutamanya oleh kaum wanita. Emas juga pernah digunakan sebagai matawang yang menjadi perantaraan jual beli dan perdagangan.

Emas juga satu-satunya unsur yang tidak larut dalam asid nitrik.

More Articles