Processing...
Welcome to GB Gold Malaysia.
03-5524 3152 013-786 0916
customerservice@gbgold.my

My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Gaji ciput bukan alasan untuk korang 'tutup ruang' diri memiliki emas

Last updated: 04/05/2026

Tahu tak kemajuan teknologi kini lebih memudahkan dan korang yang memasang impian untuk memiliki emas walaupun tiada duit sekepuk boleh mula buat simpanan sedikit demi sedikit.

Menyimpan dengan jumlah yang kecil tapi konsisten sebenarnya beri harapan untuk yang bergaji kecil membina simpanan nilai untuk masa depan.

Satu yang korang kena ingat, simpanan emas bukan untuk orang berduit sahaja. Semua golongan tak kita peringkat usia dan status berkelayakan.

GB Gold Sdn. Bhd., menyedari kehendak dan amat memahami pelanggan-pelanggan yang mempunyai had pendapatan bulanan tapi ingin mempunyai simpanan masa depan.

Justeru, tak mengambil masa lama, apabila tampil sebagai syarikat emas yang berani memperkenalkan sistem simpanan emas, akaun emas Gold Bullion Storage (GBS) yang boleh membeli emas dengan harga minimum RM10.

Tak berdosa pun simpan emas dengan jumlah yang rendah, sebaliknya korang akan lebih terkilan jika lambat sedar dan langsung tidak bermula untuk simpanan masa depan keluiarga dan anak-anak.

Ramai orang ingat apabila gaji kecil, semua benda kena “pause” dulu. Konon nak beli emas ketika harga jatuh tapi malangnya jauh sekali. Realitinya, dengan cara yang betul dan konsisten, sesiapa pun boleh mula menyimpan emas.

Sekarang, simpanan emas bukan lagi sesuatu yang eksklusif untuk orang gaji besar sahaja.

Dengan adanya platform seperti GB Gold, sesiapa pun boleh mula simpan emas mengikut kemampuan diri sendiri. Tak perlu tunggu cukup beribu-ribu dalam poket, tak perlu rasa tertekan. Yang penting, mula dulu walaupun sikit.

Bayangkan, daripada membazir duit dengan melepak, minum kopi berharga RM10 ke RM20 sehari atau setiap minggu, kita alihkan sedikit untuk simpan emas.

Mungkin nampak kecil, tapi bila konsisten setiap bulan, lama-lama boleh terkumpul juga. Emas ni bukan sekadar barang perhiasan, tapi simpanan jangka panjang yang nilainya lebih stabil berbanding duit kertas.

Ramai yang salah faham, sebab mereka fikir, perlu kena beli satu gram terus baru boleh mula. Sebenarnya tidak. Salah faham ini harus diperbetulkan segera supaya korang nampak lebih jelas tentang hala tuju simpanan korang.

Konsep simpan emas moden sekarang lebih fleksibel ye sebab korang boleh beli ikut bajet. Jika hari ini ada bajet lebih boleh simpan RM50, bulan depan RM30 pun tak apa. Yang penting ada disiplin dan konsisten.

Percayalah, lama-lama, bila tengok jumlah gram makin bertambah, rasa puas tu lain macam, masa tu keghairahan korang nak terus dan terus menyimpan emas terus bertambah.

Satu lagi perkara yang menarik, simpanan emas ni boleh jadi ‘backup plan’ untuk korang kalau berlaku kecemasan kewangan.

Contohnya bila tiba-tiba perlukan duit untuk emergency, emas yang disimpan inilah yang korang boleh cairkan semula. Jadi, ia bukan sekadar simpanan untuk cantik-cantik dalam peti besi atau koleksi, tapi juga sebagai safety net kewangan keluarga.

Kalau kita fikir balik, ramai orang bukan tak mampu sebenarnya. Semua takut nak bermula sebab mempunyai persepsi negatif yang gagal disingkirkan.

Gais, nak tunggu gaji besar, dapat bonus atau duit jatuh dari langit memang takkan ada jawapannya. Terima hakikatnya, bila tunggu terlalu lama, impian tu akan terus tertangguh dan merugikan diri sendiri.

Jadi kalau gaji sekarang rasa macam cukup-cukup makan, jangan rasa terhalang. Gunakan cara bijak, mula dengan apa yang ada. Impian untuk memiliki emas bukan mustahil.

Ia cuma perlukan satu langkah kecil untuk bermula. Hari ni mungkin sikit, tapi siapa tahu beberapa tahun lagi, korang dah punyai simpanan emas sendiri yang boleh dibanggakan.

-

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles