Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Gaji Kecil, Tapi Emas Tetap Masuk? Ini Caranya....

Last updated: 16/04/2025

“Eh, gaji aku tak besar… mana mampu nak simpan emas.”

Pernah tak kita terfikir macam ni atau dengar orang kata macam ini setiap kali kita ajak simpan emas?

Selalu sangat kita anggap emas ni hanya untuk orang kaya. Itu kesilapan paling salah dan tak boleh dilakukan jika nak berjaya dalam simpanan emas! Hakikatnya, memulakan simpanan emas bukan wajib ada banyak duit, tapi siapa yang bijak uruskan duit.

Kalau kita terus tunggu gaji besar baru nak mula, mungkin kita terpaksa tunggu sampai bila pun tak mula-mula. Sebab itu, mulakan dulu. Walau kecil dan sedikit. Walau perlahan.

Di GB Gold, ramai pelanggan kami datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang baru bekerja, ada yang bergaji cukup-cukup makan, malah ada juga suri rumah dan pelajar. Tapi mereka semua ada satu persamaan iaitu keazaman nak ubah hidup dengan menyimpan emas, walaupun bermula kecil-kecilan.

Nak tahu macam mana mereka buat? Ini caranya...

1. Ubah Cara Fikir: Jangan Tunggu Duit Lebih

Orang berjaya menyimpan bukan sebab mereka banyak duit, tapi sebab mereka utamakan simpanan dulu sebelum belanja.

Sama macam kita, bayar bil, bayar sewa. Simpanan emas pun sepatutnya termasuk dalam senarai “bayar dulu” tu. Mulakan dengan jumlah kecil. Tak perlu tunggu RM1000 atau RM5000. Di GB Gold, kita boleh mula serendah RM10 atau 0.1 gram.

 

2. Guna Teknik ‘Tak Sedar Tapi Masuk’

Simpan emas dengan cara yang tak ‘sakit’. Tak ada tekanan langsung! Contohnya, asingkan RM5  atau RM10 sehari dari duit belanja makan luar atau kopi mahal. Bila cukup sebulan, dah boleh beli sekeping goldbar kecil.

Kalau nak lebih mudah, set terus potongan automatik ke akaun emas setiap bulan. Tak terasa pun, tahu-tahu hujung tahun emas dah banyak dalam akaun emas.

 

3. Cari Platform Yang Memudahkan

Jangan tunggu sampai cukup RM500 baru nak beli 1g. Di GB Gold, kita ada goldbar sekecil 0.1g, ada juga pilihan koleksi unik macam One Ummah, Alif, dan kolaborasi khas seperti GB Gold x Bulan Bintang.

Ini semua membantu mereka yang gaji kecil tetap dapat simpan emas secara konsisten, ikut kemampuan sendiri.

 

4. Beli emas sedikit demi sedikit di akaun emas

Ini antara strategi paling best. Bila nampak harga emas rendah, kita boleh terus beli jika berkemampuan. Tapi jika simpanan belum membolehkan kita simpan emas, boleh beli emas di akaun emas terlebih dahulu dan apabila dah cukup gram kita boleh terus withdraw dalam bentuk fizikal.

Cara ni sesuai untuk mereka yang gaji tetap bulanan, boleh rancang simpanan dengan lebih bijak.

 

5. Reward Diri Sendiri Dengan Emas

Setiap kali kita capai sesuatu contohnya, habis bayar hutang kecil, berjaya kawal perbelanjaan — belikan diri sekeping emas kecil sebagai reward.

Bukan saja gram emas semakin bertambah, nilai emas yang kita simpan itu juga akan meningkat mengikut harga emas pasaran.

 

6. Cari Komuniti Positif

Bila kita dikelilingi orang yang sama-sama simpan emas, semangat tu akan jadi berganda. Jadi pembakar semangat! 

Kita akan dapat banyak tip, motivasi, dan sokongan. Malah nasihat daripada mereka yang dah berjaya.

Tak perlu malu kalau baru nak mula. Semua orang ada hari pertama. Yang penting, berani mula dan konsisten.

 

7. Ingat, Emas Bukan Untuk Gaya, Tapi Untuk Nilai

Ramai fikir emas ni hanya untuk pakai waktu kenduri atau digayakan pada musim perayaan sahaja. Tapi emas sebenarnya adalah simpanan nilai paling kukuh sejak zaman dulu.

Bila duit makin susut nilainya, emas tetap berdiri teguh.

Bila susah, emas boleh dicairkan. Bila senang, emas boleh diwariskan. Tak ada istilah rugi dalam simpanan emas,  yang ada cuma manfaat masa depan.

 

Jangan berlengah lagi, Mula simpanan emas Hari Ini, Walau Sekecil 0.1g

Jangan tunggu semua sempurna baru nak mula. Dalam dunia ni, yang berjaya bukan orang yang banyak peluang tapi orang yang ambil tindakan dulu.

Gaji kecil bukan penghalang. Tapi tak mula, itu yang menghalang korang untuk ada simpanan di masa depan.

Mari kita ubah cara fikir. Kita tak perlu jadi kaya untuk simpan emas. Tapi kita boleh jadi kaya bila kita mula simpan emas, walaupun sikit-sikit.

Mulakan hari ini. Dan biar GB Gold jadi sebahagian dari kisah kejayaan simpanan anda.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles