Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Kenali GB Gold Malaysia

Last updated: 05/06/2025

Syarikat GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) bukan lagi baharu dalam selok belok perniagaan emas di negara ini. Ia merupakan sebuah syarikat peneraju emas berbentuk pertama di negara ini yang menjual pelbagai produk emas terdiri daripada goldbar, dinar dan wafer.

Produk GB Gold Malaysia, tidak hanya terhad kepada emas fizikal sahaja malah turut memperkenalkan akaun emas dengan sistem yang mesra pengguna yang dikenali sebagai Gold Bullion Storage (GBS). Simpanan boleh serendah RM10.  Amat mesra bajet dan pengguna di mana ia dalam masa yang sama amat menggalakkan orang ramai tahu lebih detail tentang simpanan emas .

Produk-produk yang dijual di GB Gold memang amat digemari pelanggan terutama pengumpul emas berbentuk dan 'dahagakan' sesuatu yang lain daripada lain dan di luar kebiasaan. Kesemua emas keluaran GB Gold Malaysia dihasilkan daripada emas tulen 999.9.

GB Gold yang beroperasi di Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam ini diterajui oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Shahfizzam Moideen atau lebih dikenali sebagai Tuan GB.

Beliau yang telah dinobatkan sebagai salah seorang penerima S๐ฎ๐œ๐œ๐ž๐ฌ๐ฌ๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐จ๐ฉ๐ฅ๐ž ๐ข๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐š๐ง๐ ๐’๐ข๐ง๐ ๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐ž oleh British Publishing House (BPH), edisi ke 6, 2024 itu telah berjaya mengangkat nama GB Gold ke peringkat yang dikenali ramai kini hanya dalam tempoh beberapa tahun sahaja.

Bermula dengan pengiktirafan Patuh Shariah, nama GB Gold Malaysia terus mengharum dengan penghasilan demi penghasilan pelbagai produk termasuk 'killer' produk pertama emas berbentuk yang simbolik kepada permulaan atau satu, iaitu Emas Alif yang berjaya meraih jualan ribuan unit. 

Keunikan Emas Alif yang dihasilkan dalam berat 1g dan 1 dinar, tidak hanya terbatas dari segi nilai tetapi keindahan rekaannya yang mengangkat huruf alif sebagai subjek dan cukup sinonim dengan pelantikan Duta GB Gold, Alif Satar.

Nama GB Gold kemudiannya melonjak apabila Emas Alif turut terkena tempias fenomena dutanya dengan aura yang tidak kurang hebat, dan berjaya meledak dengan permintaan yang tinggi dan luar biasa sehingga ke beberapa negara jiran.

Bagi peminat emas, harga emas yang ditawarkan di GB Gold yang lebih rendah berbanding pasaran antara faktor menjadikan GB Gold lebih dekat di hati mereka.

Selain Alif Satar, GB Gold Malaysia juga berkolaborasi bersama produk pakaian raya ternama, Bulan Bintang sempena kempen Terrrpaling Raya Sedekad Menyinar 2025.

Antara manfaat yang mereka perolehi dengan menjadi ahli GB Gold termasuklah pendaftaran PERCUMA, akses sistem simpanan akaun emas GBS yang mudah dan mesra pengguna, boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja, membolehkan orang ramai membuat simpanan emas tanpa tekanan.

Secara tidak langsung, pelanggan dapat membeli emas patuh syariah dengan harga yang lebih menjimatkan dan sesuai dengan bajet.

Setiap emas yang dihasilkan direka dengan cantik dan eksklusif.

Ada kisah dan penceritaan tersendiri, contohnya produk Dinar Baitullah yang amat sesuai untuk mereka-mereka struggle mengumpul emas untuk tunaikan umrah dan haji. Secara tak langsung, termotivasi dengan membeli Dinar Baitullah membantu membangkitkan semangat dan adrenalin si penyimpan.

Bukan itu sahaja, Emas Alif edisi kedua iaitu One ummah pula mengajak penyatuan ramai dalam membangkitkan ummah.

Percaturan GB Gold yang berani menongkah arus dalam menghasilkan emas berbentuk telah menambah lagi warna dan keghairahan pembeli terutamanya emas unik.

Ditengah-tengah kesuraman emas goldbar yang sering dilihat empat segi dan dinar yang dilihat bulat saban masa, tiba-tiba GB Gold hadir memecah kesunyian itu dengan kehadiran Emas Alif yang wow dan meletop.

Hasrat GB Gold, ketika itu dapat melahirkan lebih ramai penyimpan emas daripada pelbagai peringkat terutama dalam kalangan generasi muda. GB Gold percaya, simpanan emas tidak terhad kepada golongan dewasa dan berusia sahaja sebab itu GB Gold mengambil langkah menarik minat golongan muda dengan penghasilan emas berbentuk yang unik.

Alhamdulillah, jumlah ahli berdaftar GB Gold Malaysia setakat 29 Mei 2025 telah pun mencecah 23339 orang.

Antara kejayaan yang telah dicapai GB Gold setakat ini ialah anugerah sempena Mega Sales 11.11 Tiktok shop tahun 2024, Logo Jenama GBGOLD berjaya dipatenkan, anugerah sempena Tiktok 6.6 Fiesta Hari Jadi 2024 iaitu Top Rising Fashion Seller dan Top 2 Fashion Seller, Top Jewellery Seller Tiktok Shop sempena Bazar Ramadhan Raya 2024. Terbaharu, Crown Of commerce brand Award dari IDEA Award 2025

GB Gold terus komited untuk melahirkan lebih ramai penyimpan emas, tanpa mengira latar belakang atau usia. Dengan rekaan eksklusif, harga mesra poket dan sistem simpanan yang mudah, GB Gold membuktikan bahawa emas bukan sekadar simpanan – ia adalah gaya hidup, simbol kesedaran dan permulaan untuk masa depan yang lebih kukuh.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles