Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Ketagih Simpan Emas, Baik atau sebaliknya?

Last updated: 28/05/2025

“Dulu ketagih shopping, sekarang ketagih beli emas.”

Kalau anda pernah berada dalam satu situasi yang membuatkan anda rasa tak sabar tunggu gaji sebab nak beli emas sekeping, atau tengok harga turun sikit pun dah rasa berdebar nak tambah simpanan, mungkin anda sedang alami satu fasa baru dalam hidup iaitu ketagih simpan emas.

Tapi... persoalannya, ketagihan ni baik atau buruk?

Mari kita bincang perlahan-lahan. Bukan untuk menghakimi, tapi untuk faham dan buat keputusan yang lebih bijak.

 

Apa Maksud Sebenar 'Ketagih' Simpanan Emas?

Dalam konteks ini, 'ketagih' bukanlah bermaksud sesuatu yang negatif seperti ketagihan rokok, judi, gajet atau media sosial.

Tapi ia menggambarkan perasaan seronok dan puas setiap kali dapat menambah simpanan emas walaupun cuma 0.1g.

Ketagihan ni macam satu fasa baru yang ramai orang tak sangka akan lalui.
Mula-mula beli sekeping 0.5g,
lepas tu nak rasa pula pegang 1g,
kemudian mula bercita-cita kumpul 5g, 10g, 50g…

Dan semua ni bukan sebab tamak. Tapi sebab mula nampak nilai.

 

Bila Ketagih Jadi Sesuatu yang Baik?

1. Mendidik Diri Jadi Disiplin

Sebelum kenal emas, duit habis tanpa jejak. Sekejap beli kasut, sekejap order food delivery. Tapi bila mula simpan emas, kita jadi lebih berhati-hati. Duit lebihan disimpan, bukan dihabiskan.

2. Bina Simpanan Tanpa Sedar

Makin banyak emas disimpan, makin kuat ‘tabung kecemasan’ kita. Dalam dompet mungkin kosong, tapi dalam simpanan ada nilai yang boleh disandarkan bila perlu.

3. Rasa Seronok yang Positif

Rasa puas hati bila simpan, bukan rasa bersalah. Berbeza dengan ketagih shopping — habis duit, hati pun tak tenang. Tapi bila simpan emas, kita tahu kita sedang buat sesuatu untuk masa depan.

4. Mula Fikir Jangka Panjang

Emas bukan untuk hari ni. Tapi untuk hari susah yang kita sendiri tak tahu bila akan datang. Bila ketagih simpan emas, sebenarnya kita sedang latih diri untuk lebih bersedia dalam hidup.

 

Tapi Awas… Ketagihan Juga Boleh Jadi 'Racun' Kalau Tak mampu Seimbangkan

1. Terlebih Semangat Sampai Lupa Keperluan Lain

Simpan emas bagus. Tapi jangan sampai abaikan komitmen asas, contohnya belanja harian, hutang penting dilangsaikan, nafkah keluarga. Jangan simpan sampai hidup sendiri tertekan.

2. Beli Tanpa Ilmu

Tengok orang beli, kita pun ikut. Tak tahu beza goldbar, dinar, emas perhiasan. Tak tahu beza spread tinggi atau rendah. Ini boleh jadi perangkap, bukan manfaat.

3. Rasa Tak Cukup-Cukup

Simpanlah emas seberapa banyak pun, tapi jangan sampai jadi obses atau suka menunjuk. Kita simpan untuk diri, bukan untuk pujian orang lain.

 

Jadi, Apa Jalan Tengahnya?

Simpan Ikut Kemampuan – Tak perlu besar. Untuk permulaan 0.1g sebulan pun dah cukup. Yang penting konsisten. Tapi kalau ada bajet lebih tak ada masalah.

Ada Matlamat Jelas – Simpan untuk apa? Dana kecemasan? Pendidikan anak? Umrah? Bila ada tujuan, kita tak mudah lalai. Kita jadi lebih bersemangat dan teruja menyimpan.

Belajar Dulu, Baru Beli – Ilmu tentang emas tak susah. Tapi jangan main beli ikut trend. Bila kita faham, kita lebih yakin dan tenang.

Nikmati Proses, Bukan Kejar Gram – Jangan banding dengan orang lain. Setiap gram kita simpan, itu adalah usaha dan pengorbanan yang kita sendiri tahu.

 

Ketagih simpan emas bukan satu keburukan.
Malah, dalam dunia yang penuh cabaran, kewangan hari ini, ini mungkin satu-satunya ‘ketagihan’ yang beri banyak kebaikan  jika dikawal dengan bijak.

Ketagih emas bukan bermaksud tamak.
Tapi mungkin...
itu tanda kita mula sedar bahawa masa depan bukan boleh diserah pada nasib semata-mata.

Kalau nak 'ketagih', biarlah ketagih yang dapat bantu kita berdikari, bukan yang buat kita rugi.

 

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles