Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Simpanan Dinar: Pilihan Terbaik untuk Ke Baitullah

Last updated: 20/03/2025

Setiap Muslim pasti menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Namun, dengan kos umrah dan haji yang semakin meningkat, ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara terbaik untuk menyimpan agar impian ini dapat direalisasikan tanpa beban kewangan. Simpanan wang tunai mungkin nampak mudah, tetapi ia tidak kebal terhadap inflasi dan semakin disimpan bukan semakin bertambah nilainya ini kerana penyusutan nilai wang akibat inflasi dan penurunan nilai mata wang.

Oleh kerana faktor penyusutan yang tak kunjung henti, ramai yang memilih alternatif lain sebagai simpanan iaitu simpanan emas.

Kini ramai yang semakin memilih untuk menyimpan dalam bentuk dinar emas.

1. Nilai Tetap & Tidak Susut

Duit kertas makin susut nilainya, tetapi emas kekal bernilai. Jika dahulu kos haji sekitar RM10,000, kini sudah mencecah RM30,000. Jika simpan dalam bentuk emas, nilainya tetap dan boleh digunakan bila-bila masa.

2. Mengelak Kesan Inflasi

Wang kertas terkesan dengan inflasi, tetapi emas kalis inflasi. Jika menyimpan dalam bentuk dinar, kita tak risau kenaikan harga kos haji dan umrah kerana emas akan naik seiring dengan kos tersebut.

3. Mudah Dicairkan Bila Perlu

Dinar emas boleh dijual atau digadai dengan mudah. Jika tiba masa ingin menunaikan haji atau umrah, emas boleh ditukar kepada tunai tanpa kehilangan nilai yang besar.

4. Simpanan Patuh Syariah & Berkat

Emas adalah aset sebenar yang diiktiraf dalam Islam. Malah, Rasulullah SAW sendiri menggunakan dinar dan dirham dalam urusan jual beli. Simpan emas sebagai persediaan ke Baitullah bukan sahaja bijak, tetapi juga lebih berkat.

5. Disiplin Menyimpan Tanpa Bocor

Simpanan dalam bentuk duit sering terguna tanpa sedar, tetapi jika simpan dalam bentuk emas, kita lebih berdisiplin kerana emas tidak mudah dibelanjakan sewenang-wenangnya.

Jika anda menyimpan hasrat ke Baitullah dengan tenang, simpanan dalam bentuk dinar adalah pilihan terbaik. Mulakan simpanan 1 dinar setiap 3 bulan, dalam 5 tahun sudah boleh cukup untuk menunaikan haji atau umrah.

Jika 1 dinar bernilai kini bernilai sekitar RM2,000, berikut adalah anggaran jumlah dinar yang diperlukan untuk menunaikan umrah dan haji dengan selesa:

1. Kos Umrah (RM8,000 - RM12,000)

  • RM8,000 ÷ RM2,000 ≈ 4 dinar
  • RM12,000 ÷ RM2,000 ≈ 6 dinar
    Simpanan sekitar 4 hingga 6 dinar sudah mencukupi untuk menunaikan umrah.

2. Kos Haji (RM30,000 - RM40,000)

  • RM30,000 ÷ RM2,000 ≈ 15 dinar
  • RM40,000 ÷ RM2,000 ≈ 20 dinar
    Simpanan sekitar 15 hingga 20 dinar boleh menampung kos haji dengan selesa.

 

----

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

 

More Articles