Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Strategi Simpan 20 Gram Emas Setahun

Last updated: 30/05/2025

Ramai orang rasa simpan 20g emas setahun tu susah. Tapi sebenarnya, kalau tahu cara yang betul, disiplin dan konsisten, tak mustahil langsung. Yang penting, mula ikut kemampuan sendiri dan buat secara berperingkat.

 

1. Mulakan Dengan Matlamat Yang Jelas

Tanya diri: “Kenapa aku nak simpan 20 gram emas?”

  • Untuk simpanan anak?

  • Sebagai dana kecemasan?

  • Nak kukuhkan kewangan sendiri?

Bila ada sebab yang jelas, semangat nak konsisten tu akan datang dengan sendiri.

 

2. Pecahkan Matlamat 20g Tu Jadi Kecil-Kecil

Kalau terus fikir 20g, memang nampak banyak. Tapi kalau dipecahkan:

  • 20g setahun = lebih kurang 1.7g sebulan

  • Atau lebih kurang 0.45g seminggu

Contohnya:
Kalau mampu beli 1g sebulan + beberapa kali beli 2g waktu bonus, hujung tahun boleh cukup 20g.

 

3. Beli Ikut Kemampuan 

Sekarang, banyak platform jual emas serendah 0.1g hingga 1g.
Contohnya produk dari GB Gold, ada goldbar 0.5g, 1g, 5g dan sebagainya.

Jadi, tak perlu tunggu RM1000 baru nak mula. RM50-RM100 pun dah boleh beli, nak lagi best boleh simpan di akaun emas Gold Bullion Storage (GBS) serendah RM10 sehari atau lebih.

 

4. Tetapkan ‘Tarikh Wajib’ Beli Emas Setiap Bulan

Lebih baik tetapkan setiap kali hari gaji adalah hari untuk simpanan emas.

Contoh:

  • Setiap 1hb – beli minimum 1g

  • Atau setiap kali gaji masuk, asingkan dulu duit untuk beli emas

  • Anggap macam bayar bil bulanan

 

 

5. Jangan Jual Emas Sembarangan Bila Perlukan Duit

Kalau baru je simpan 2-3g, jangan cepat-cepat jual bila ada kecemasan.
Cari dulu pilihan lain contoihnya simpanan tunai, atau guna sistem pajakan Ar-Rahnu.
Sebab kalau asyik jual, simpanan emas memang susah nak bertambah.

 

6. Guna Duit Lebih Untuk Tambah Simpanan Emas

Contoh:

  • Dapat bonus → beli 3g

  • Dapat komisen → beli 2g

  • Dapat cashback, jual barang tak guna → beli 1g

  • atau ketika harga emas 'terjun banguban' beli lebih gram emas

Kumpul sikit-sikit, tahu-tahu dah cukup 20g sebelum hujung tahun.

 

Contoh Pelan Ringkas Simpan 20g Setahun

Bulan Simpanan (g) Catatan
Jan 1g Beli ikut gaji
Feb 1g Konsisten
Mac 2g Dapat bonus
Apr 1g  
Mei 1g  
Jun 2g Duit raya anak
Julai 1g  
Ogos 1g  
Sept 2g Komisen lebih
Okt 1g  
Nov 1g Jual barang terpakai
Dis 6g Bonus akhir tahun

Total: 20 gram

Simpan 20g emas setahun tak perlukan gaji besar, tapi perlukan ilmu, disiplin dan kesungguhan. Lagi awal mula, lagi cepat hasilnya nampak.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles