Last updated: 18/06/2025
Ramai orang ingat simpan emas ni kerja orang kaya. Nak kena beli jongkong besar, kena beli ratusan gram, harga cecah ribu riban. Hakikatnya, kalau tahu cara, 1 gram emas pun dah cukup untuk ‘buka pintu’ masa depan yang lebih terjamin.
Saya nak kongsi kenapa 1 gram emas boleh jadi penyelamat kewangan, apa strategi paling senang untuk mula, dan cara simpan supaya tak rugi. Baca sampai habis, confirm lepas ni anda pun terus cari emas pertama anda.
Saya pernah jumpa orang yang gaji RM1,500 sebulan, tapi dia ada simpan emas RM10,000 dalam masa 2 tahun. Macam mana dia buat? Beli 1 gram, konsisten setiap bulan.
Emas ni pelik. Walau sikit, nilainya tak sama macam duit kertas. Duit kertas makin lama makin susut. Sedangkan emas pula makin lama makin mahal.
Contoh, kalau tahun 2000 harga emas 1 gram lebih kurang RM300 ke RM400. Hari ni, 1 gram boleh cecah RM400 ke RM550.
Maknanya?
Kalau simpan duit RM100 dalam tabung, 20 tahun akan datang nilai dia sama je. Tapi kalau simpan RM100 dalam bentuk emas, dia berkembang ikut harga pasaran.
Ok, ni point penting. Ramai gagal simpan sebab:
Hujungnya, dah bertahun kerja, saving habis entah ke mana. Silap sikit, keluar duit simpanan untuk benda remeh. Kan dah rugi tu.
Dengan emas, susah sikit nak ‘tergoda’. Emas bukan macam duit tunai yang senang ‘cair’. Nak pajak atau jual pun fikir dua tiga kali.
Kalau simpan duit, paling kurang kita pun sanggup simpan RM50–RM200 sebulan kan? Kenapa tak tukar jadi emas?
Harga 1 gram emas hari ni lebih kurang RM400–RM450. Beli satu je sebulan. Tak terasa beban. Lama-lama, kumpul.
Bayangkan kalau konsisten setahun:
1 gram x 12 bulan = 12 gram.
Kalau 5 tahun? 60 gram.
Nilai 60 gram kalau harga RM400/gram dah RM24,000!
Duit tunai memang boleh simpan juga, tapi orang kata “duit dalam dompet, kalau nampak, mesti lesap.” Betul ke betul sangat ni?
Ok, ini yang ramai nak tahu. Simple je.
Pilih syarikat emas yang trusted.
Contoh: GB Gold Malaysia atau Ar-Rahnu. Pastikan ada rekod baik, harga telus, patuh syariah.
Tentukan bajet bulanan.
Kalau gaji tak besar, start 1 gram dulu. Dah stabil, tambah sikit-sikit.
Beli masa harga rendah.
Tip: Harga emas turun naik setiap hari. Biasakan check harga harian. Kalau turun, beli terus.
Simpan tempat selamat.
Kalau beli emas fizikal, pastikan ada safe box atau sewa peti simpanan. Boleh juga simpan di akaun emas digital kalau takut pegang emas fizikal.
Jangan cepat jual.
Ingat, emas untuk simpan jangka panjang, bukan beli hari ni, jual minggu depan. Minimum simpan 3–5 tahun. Lagi lama, lagi untung.
Salah seorang student saya, ibu tunggal. Gaji bersih RM1,200. Dia contact saya, tanya “Macam mana nak mula simpan emas dengan duit cukup-cukup makan ni?”
Saya ajar dia beli 1 gram sebulan. Tak banyak. Dia potong kos jajan, baju mahal, mekap mahal.
Hari ni, dah 4 tahun konsisten. Sekarang dia dah ada lebih 40 gram emas. Nilai lebih RM15,000. Kalau simpan duit cash? Confirm dah habis buat belanja raya.
Ni soalan yang buatkan ramai takut nak simpan emas.
Jangan risau. Emas bukan ‘mati’ dalam peti. Emas boleh ‘hidup’. Bila terdesak:
Ramai orang gagal simpan sebab gagal disiplinkan diri. Gaji masuk, terus habis.
Tip paling senang:
Bila gaji masuk, terus asing bajet emas dulu.
Anggap emas ni macam ‘hutang wajib bayar’. Atau anggap macam duit nak bayar zakat, tak boleh suka-suka hati guna
Bayar diri sendiri dulu, baru bayar orang lain.
Orang selalu tanya, Bila masa terbaik beli emas? Jawapan saya senang.
Masa terbaik adalah semalam.
Masa kedua terbaik adalah HARI INI.
Kalau tangguh, esok lusa harga naik, duit pun lesap pada benda lain. 1 gram sebulan, tak berat pun kan?
Emas tak pernah tipu. Orang yang tipu diri sendiri. Kalau anda baca sampai sini, saya yakin anda dah faham betapa bernilainya 1 gram emas untuk masa depan.
Selamat menabung emas. Semoga rezeki makin melimpah ruah, insya-Allah!
---
Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:
- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?
Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.
Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?
Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:
1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.
Simpan Emas, Simpan Masa Depan
Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.
Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.
Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!
More Articles