Processing...
Welcome to GB Gold Malaysia.
03-5524 3152 013-786 0916
customerservice@gbgold.my

My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Anak muda hari ini terlalu terbiasa dengan gaya hidup mewah?

Last updated: 06/05/2026

Apa implikasi dan keburukannya jika golongan ini terlalu didedahkan dengan gaya dan kemewahan tanpa pantauan?

Mungkinkah akan menyebabkan mereka ini bertambah lalai dan lemah dari segi kebolehan mengawal kewangan peribadi daripada dibelanjakan secara berterusan tanpa kawalan.

Selain tiada ilmu tentang simpanan nilai yang lebih selamat untuk menjaga nilai dan masa depan, golongan ini lebih terdedah kepada pelbagai risiko hutang.

Sewajarnya anak muda didedahkan lebih awal dengan simpanan nilai. Di sinilah para ibu bapa memainkan peranannya yang sebenar.

Bak kata orang lama, didikan awal anak-anak bermula di rumah.

Bijak anak-anak dalam simpanan, lebih merujuk kepada bagaimana hebatnya ibu bapa menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak mereka.

Simpanan nilai sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka.

Ia sebenarnya lebih bergantung kepada kesedaran tentang masa depan. Jika hari ini hidup lebih kepada ‘enjoy’ semata-mata, jangan cakap tentang setahun, 10 tahun akan datang pun belum tentu dapat buat simpanan dari awal.

Pendedahan demi pendedahan tentang emas dan manfaatnya bukanlah baru. Ramai ejen-ejen emas mengambil peluang untuk terus menyampaikan maklumat yang tepat tentang simpanan emas.

Pokoknya tak ramai anak muda yang gemar mendengar dan mengambil peluang memanfaatkannya.

Hal ini secara tak langsung menjadi ‘duri dalam daging’ buat diri sendiri.

Wahai anak muda, beringat itu penting. Walaupun ia bukan satu paksaan tapi tak salah ambil maklum tentang kesilapan dalam membuat simpanan boleh membawa kepada penyesalan di masa akan datang.

Dewasa ini begitu ramai yang direkodkan mempunyai gaji yang memberangsangkan namun, simpanan emas langsung tak disentuh.

Ini kerugian yang membawa kepada penyesalan kerana jika ramai yang faham tentang manfaat dan kebaikannya, dah tentu ramai yang berpusu-pusu memulakan simpanan nilai daripada sekarang.

Tiada alasan sebenarnya memulakan simpanan nilai memandangkan banyak platform pembelajaran disediakan di media sosial. Zaman sekarang ni banyak kelas atau seminar berkaitan kewangan dan kepentingannya, sama ada berbayar atau tidak yang boleh disertai.

Kata orang, tepuk dada tanya selera. Keputusan bergantung pada diri sendiri. Seandainya merasakan simpanan nilai begitu penting dalam hidup, maka buatlah perubahan bermula serkarang.

---


Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles