Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Anak tak minat simpan emas?

Last updated: 05/04/2025

Ini Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa

“Anak saya tak minat langsung dengan emas…”

Ayat ni dah jadi macam keluhan biasa yang saya dengar dari ramai ibu bapa. Tapi cuba kita berhenti sekejap dan fikir dari mana datangnya ‘minat’ tu kalau bukan dari rumah sendiri?

Minat bukan jatuh dari langit. Anak-anak takkan tiba-tiba bangun satu pagi dan terus rasa nak kumpul emas macam kita. Minat tu kita yang semai. Kita yang bentuk, kita juga yang kena suburkan.

Kalau selama ni, setiap kali anak tengok kita keluar duit, kita belikan barang dapur, baju atau gajet... tapi tak pernah tunjukkan mereka yang emas juga penting untuk simpanan — macam mana mereka nak tahu?

Kita adalah guru pertama dalam hidup anak-anak.

Kita yang mereka tengok hari-hari. Suara kita yang mereka dengar waktu pagi dan sebelum tidur. Cara kita guna duit, simpan duit, belanja duit semua tu masuk dalam fikiran mereka tanpa kita sedar.

Saya pernah satu ketika bawa anak pergi kedai emas. Bukan sebab nak belikan dia barang. Tapi sebab saya nak dia tengok, nak dia rasa suasana. Saya cakap dengan dia masa tu,  

“Ibu beli emas ni bukan sebab nak bergaya. Tapi sebab satu hari nanti, bila ibu susah, emas ni boleh tolong ibu.”  

Anak saya pandang emas tu, dia tak cakap apa-apa. Tapi saya tahu  kata-kata ibu ni tak pernah hilang dalam ingatan mereka.

Beberapa tahun kemudian, lepas dapat duit raya, dia datang tanya,  

“Ibu, duit ni boleh beli emas tak?”

Saya senyum masa tu. Hati saya sebak. Dalam diam, rupanya dia simpan semua yang saya cakap dulu.

Itulah kuasa ‘pengaruh ibu bapa’. Kita tak sedar, tapi anak-anak simpan semuanya dalam hati.

Jadi, bila anak tak minat simpan emas, jangan cepat kecewa. Jangan terus rasa mereka tak ambil berat tentang masa depan. Kadang-kadang bukan mereka tak peduli, tapi mereka tak tahu. Dan tugas kitalah untuk beritahu.

Apa peranan kita sebenarnya?

1. Mulakan dengan diri sendiri. 

Kalau kita sendiri tak pernah simpan emas, tak pernah bercerita tentang emas, anak takkan ada rujukan. Jadilah contoh pertama.

2. Libatkan mereka walau sikit. 

Masa kita nak beli emas, ajak mereka sekali. Tunjuk design wafer, cerita tentang harga naik turun. Jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan, bukan sekadar kewangan.

3. Gunakan bahasa yang mereka faham.

 Jangan terus cerita tentang ‘simpanan nilai’ atau ‘melindung nilai inflasi’ — itu semua istilah besar yang membosankan bagi anak-anak. Ceritalah guna kisah:  

 “Kalau dulu beli emas harga RM150 segram, sekarang dah jadi RM300. Nampak tak nilainya makin naik?”  

Cerita begitu lebih senang masuk ke hati.

4. Jadikan emas hadiah bermakna.

Daripada beli mainan yang anak akan lupa selepas dua minggu, hadiahkan mereka emas 0.1g. Mungkin nampak kecil, tapi itu permulaan kepada satu tabiat baik yang boleh kekal seumur hidup.

5. Kongsi kisah kita sendiri.

  Ceritakan pengalaman waktu kita susah, dan bagaimana emas pernah selamatkan kita. Atau kalau kita tak pernah ada simpanan emas dulu, beritahu yang kita tak nak mereka ulang kesilapan sama.

Ingat, kita sedang bina pemikiran dan masa depan anak-anak.

Kalau bukan kita yang ajar mereka nilai sebenar emas, siapa lagi?

Biarlah orang kata kita ‘old school’, asalkan anak-anak kita faham apa erti ‘simpanan nilai’. Supaya bila mereka dewasa nanti, mereka tahu bezakan antara ‘berbelanja untuk gaya’ dan ‘menyimpan untuk masa depan’.

Dan satu hari nanti, bila mereka pula jadi ibu bapa… mereka akan buat benda yang sama untuk anak-anak mereka.

Kerana minat itu diwarisi, dan tanggungjawab itu bermula dari rumah kita sendiri.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?

- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?

- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.

2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.

3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini, lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles