Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Cara Menjaga Emas Fizikal

Last updated: 20/05/2025

Supaya Kekal Bermutu dan Berkualiti

Emas memang logam yang bertahan lama, tapi bukan bermakna ia tak boleh rosak.
Ramai yang sangka bila dah beli emas fizikal, simpan saja dalam laci, semuanya selamat. Hakikatnya, kalau tak tahu cara simpan dengan betul, emas yang berkilau hari ini boleh jadi kusam, calar dan hilang serinya

Sayang, kan?

Kita simpan emas sebagai aset jangka panjang. Jadi, penting untuk jaga kualiti dan mutunya agar kekal cantik, bersih dan bernilai, sama macam hari pertama kita beli.

Dalam perkongsian kali ini, mari kita belajar cara mudah tapi penting untuk jaga emas fizikal supaya simpanan kita bukan sekadar selamat, tapi kekal bernilai tinggi sampai bila-bila.

 

1. Simpan di Tempat Kering dan Sejuk

  • Emas mudah tercemar kalau terdedah kepada kelembapan tinggi.

  • Hindari tempat yang panas atau lembap seperti dapur, bilik air atau tempat yang sering berwap.

  • Tempat yang sejuk dan tidak terdedah kepada cahaya langsung adalah paling ideal.

2. Gunakan Bekas Penyimpanan Khas

  • Simpan emas fizikal seperti gold bar, wafer atau dinar dalam:

    • Bekas plastik kedap udara (air-tight container).

    • Kotak baldu/kain lembut anti-statik.

    • Sleeve original dari kilang (jangan buka kalau tidak perlu).

    • Casing (untuk goldbar/dinar).

  • Elakkan letak banyak keping emas bersama dalam satu bekas yang longgar ini boleh menyebabkan calar dan geseran.

3. Elakkan Sentuhan Tangan Secara Terus

  • Sentuhan tangan boleh menyebabkan kesan minyak, peluh dan kotoran melekat pada permukaan emas.

  • Gunakan sarung tangan kapas atau kain lembut jika perlu pegang emas.

4. Jangan Guna Bahan Kimia

  • Emas memang tidak mudah teroksida, tapi permukaannya boleh tercemar kalau terkena bahan kimia dari:

    • Sabun, perfume, losyen, sanitizer.

    • Cecair pencuci rumah atau logam.

  • Kalau perlu bersihkan, guna kain microfiber kering sahaja. Jangan rendam.

5. Label & Rekodkan Emas

  • Simpan nota atau gambar setiap emas yang dimiliki: berat, nombor siri, tahun, bentuk, tempat beli.

  • Ini penting untuk rujukan jika berlaku kehilangan, atau semasa nak jual semula.

 

Defect Yang Selalu Terjadi Jika Emas Tak Disimpan Dengan Betul

Jenis Defect Punca Kesan
Calar (Scratch)
  • Digabung dalam bekas yang sama tanpa lapik
  • Turunkan nilai estetik, susah dijual semula pada harga tinggi
Tompok (Stain)
  • Sentuhan tangan, peluh, minyak
  • Permukaan jadi tak sekata, kelihatan ‘kusam’
Terbengkok / Terlalu Lentur
  • Tidak disimpan rata atau dihimpit
  • Bentuk asal rosak, susah dijual semula
Kotak / casing rosak
  • Tidak dijaga rapi, dibiarkan terbuka
  • Hilang nilai 'collectible', terutama jika ada seal
Berhabuk / tercemar
  • Simpan dalam tempat terbuka
  • Sukar dibersihkan, permukaan jadi kesat

Tips Tambahan

Simpan emas di tempat yang tidak mudah dicapai, seperti peti besi, peti keselamatan kecil atau bank safe deposit box.

Elakkan bawa ke mana-mana melainkan perlu (kecuali emas perhiasan).

Kalau ada anak kecil atau ramai tetamu keluar masuk rumah, pastikan tempat simpanan dirahsiakan.

 

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

 

More Articles