Last updated: 22/11/2024
Emas merupakan sejenis logam yang berwarna kekuningan dan berkilau.
Nama lain bagi emas ialah Aurum, simbolnya Au manakala unsur atom bagi emas ialah 79.
Emas bersifat lembut, mudah dibentuk dan dilentur.
Emas tulen gred 999.9 merupakan emas yang paling padu iaitu tanpa campuran logam-logam lain yang membentuk kestabilannya.
Logam ‘mahal’ ini tidak mudah bertindakbalas dengan bahan kimia kerana ia tidak bercampur dengan mana-mana logam.
Justeru ia tidak berkarat atau teroksida.
Untuk pengetahuan anda, emas tulen tidak mudah terbakar pada suhu api biasa. Emas hanya melebur pada suhu api yang sangat tinggi iaitu 1064.18 darjah Celsius.
Emas juga sering dianggap sebagai logam yang memberi ‘aura’ kekayaan, kilauan warnanya pula menyebabkan ia sangat disukai oleh golongan wanita dan menjadikannya sebagai emas perhiasan.
Di Malaysia, dua gred emas yang paling popular ialah emas 999.9 dan emas 916.
Jongkong emas dan dinar kebanyakkannya dibentuk menggunakan emas 999.9 dan emas jenis ini sangat relevan untuk simpanan jangka masa panjang sebagai aset yang mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Emas ketulan sebegini lebih baik dijadikan aset berbanding tanah dan rumah yang mahal. Ini kerana rumah dan tanah belum tentu selamat jika berlaku sebarang bencana alam.
Berbanding emas, selain mudah dibawa kemana-mana, dianggap sebagai ‘aset mobiliti’ berharga walaupun dibawa ke mana-mana di seluruh dunia. Emas dalam keadaan apa sekali pun tetap diterima dan mudah dijual.
Kebiasaannya, jongkong emas dihasilkan dalam bentuk segi empat dengan berat bermula daripada 0.1 gram (g) hingga 1 kilogram (kg). Manakala dinar pula dihasilkan berbentuk bulat dengan berat tertentu.
Di GB Gold Malaysia, jongkong emas yang dihasilkan bermula 0.1g hingga 1kg, manakala dinar pula bermula ¼ dinar, ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Seni dan kreativiti semakin maju, di mana kini jongkong emas dan dinar dihasilkan dalam pelbagai bentuk yang unik dan menarik.
GB Gold sendiri berjaya mengasilkan jongkong emas pertama dunia berbentuk huruf ‘Alif’ seberat 1g serta botol susu dan tapak kaki kucing seberat 1g.
Dinar GB Gold juga tidak kalah, pertama kali di dunia dihasilkan 1 dinar (4.25g) dalam bentuk huruf ‘Alif’ dan Kaabah.
Emas 916 pula seringkali digunakan untuk menghasilkan emas perhiasan. Emas gred ini biasanya mengandungi logam campuran tertentu untuk memberi lebih kestabilan kepadanya.
More Articles