Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Gold Bar Vs Gold Wafer

Last updated: 11/02/2025

Bila sebut tentang emas fizikal, dua bentuk yang selalu jadi pilihan ramai ialah goldbar dan dinar.

Tapi ada satu lagi bentuk emas yang sering menjadi pilihan iaitu gold wafer.

Sekali pandang, mungkin nampak sama, tapi sebenarnya ada beberapa perbezaan penting yang perlu anda tahu sebelum buat keputusan untuk simpanan emas.

1. Bentuk & Ketebalan

  • Goldbar – Biasanya lebih tebal, berbentuk jongkong, dan nampak lebih ‘solid’.
  • Gold wafer – Nipis dan leper, seakan kepingan emas yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Cara Pembungkusan

  • Goldbar – Ada yang dijual dalam bungkusan plastik, ada juga yang dibiarkan tanpa sarung.
  • Gold wafer – Selalunya datang dalam kad keselamatan atau ‘certicard’ dengan maklumat ketulenan dan berat emas.

3. Saiz & Berat

  • Goldbar – Lebih besar, biasanya dalam berat1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g hingga 1kg atau lebih.
  • Gold wafer – Lebih kecil, biasanya bermula dari 0.2g, 0.3g. Ringan dan lebih senang dimiliki serta disimpan.

4. Harga & Kecairan

  • Goldbar – Saiz lebih besar, jadi harga lebih tinggi. Paling popular dan paling banyak dijadikan pilihan.
  • Gold wafer – Lebih kecil, harga lebih mampu milik dan lebih senang dijual semula bila perlu.

5. Tujuan Simpanan

  • Goldbar – Sesuai untuk simpanan jangka panjang, lebih fokus kepada membina kekayaan.
  • Gold wafer – Pilihan terbaik kalau nak simpan sedikit demi sedikit dan mudah dicairkan bila perlu.

Nak simpan emas dalam jumlah besar dan tak tergesa-gesa nak jual?

Goldbar mungkin lebih sesuai. Tapi kalau nak simpan emas secara fleksibel dan ada pilihan untuk jual sedikit demi sedikit, gold wafer adalah pilihan yang lebih praktikal.

Jadi, anda pilih yang mana? Apa pun pilihan anda, yang penting anda menyimpan emas!

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles