Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Kenapa Beli Emas Tak Sama Dengan Beli Barangan Berjenama

Last updated: 10/04/2025

Ramai orang suka membandingkan antara membeli emas dengan barangan berjenama. Katanya, kalau ada duit lebih, elok beli beg tangan mahal, jam mewah atau kasut edisi terhad. Kononnya itu pun satu bentuk ‘simpanan’ juga. Tapi realitinya, membeli emas tak sama langsung dengan membeli barangan berjenama. Emas bukan sekadar cantik, bukan untuk ditayang, dan jauh sekali untuk ikut trend. Emas adalah penyimpan nilai sebenar yang kekal relevan sampai bila-bila, melangkaui zaman dan tiada tarikh luput.

Barangan berjenama kebiasaannya bernilai kerana namanya. Kalau tak ada logo terkenal, orang pun tak pandang!

Tapi nilai emas tak pernah bergantung pada jenama atau rupa. Tak kisahlah emas tu dibeli dari butik terkenal atau dari kilang tempatan, asalkan ia tulen dan cukup berat, ia tetap bernilai dan boleh dijual semula. Tiada siapa tanya jenama emas masa nak timbang dan uji ketulenannya. Yang mereka mahu tahu cuma – berapa gram? 999 ke 916? dan dibeli dari kedai yang dipercayai dan patuh syariah (oleh mereka yang beragama Islam).

Emas bukan seperti beg tangan yang boleh koyak dan reput, kasut yang boleh haus tapaknya, atau pakaian yang lusuh dimamah usia.

Emas, walaupun calar, bengkok atau kemek, tetap ada nilainya. Bahkan jika terbakar sekalipun, selagi ia emas tulen, ia masih boleh dicairkan dan ditukar menjadi tunai.

Ada satu kisah benar, seorang wanita kehilangan rumah dalam kebakaran. Semua harta benda hangus terbakar, tinggal satu je yang masih ada nilainya – beberapa ketul emas yang sudah tidak berbentuk. Bila dia bawa ke kedai emas, walau hitam legam dan tak menyerupai apa-apa, kedai itu tetap membelinya dengan harga semasa. Itulah kuasa emas. Dalam keadaan paling getir pun, dia tetap menyelamatkan.

Satu perkara yang orang jarang disedari, barangan berjenama selalunya tak boleh selamatkan kita bila waktu susah. Cuba bayangkan, kalau tiba-tiba kita perlukan wang segera untuk perbelanjaan kecemasan, sanggupkah kita jual beg tangan kesayangan? Dan kalau ada yang sanggup pun, siapa yang nak beli dalam keadaan kita terdesak? Berapa sangatlah nilainya yang kita boleh dapat semula? Berbeza dengan emas. Tetap laku di mana-mana. Tak kira dalam negara atau luar negara. Kita boleh jual di kedai, pajak di Ar-Rahnu, atau gadai sementara untuk pusing modal bisnes. Emas memberi kita ruang untuk 'bernafas' semula bila kewangan tersekat. Itulah ajaibnya tentang logam termahal yang telah disebut sebanyak 8 kali dalam al-Quran.

Secara tak langsung, menambah keyakinan ramai bahawa emas bukan logam biasa yang boleh diabaikan begitu sahaja. Mana tahu mungkin masih banyak 'rahsia' tentang emas yang kita belum tahu.

Sebab itu simpan emas bukan satu gaya hidup mewah, tapi satu keputusan bijak. Ia bukan semata-mata untuk dipakai di majlis kahwin atau digandingkan dengan busana yang indah. Ia adalah aset. Satu bentuk simpanan yang nilainya semakin bertambah, bukan semakin susut. Kalau kita imbas semula, pada tahun 2000 harga 1 gram emas masih sekitar RM200 lebih. Hari ini, harganya sudah menghampiri RM500. Kalau kita simpan 100 gram sejak itu, sekarang nilainya sudah mencecah lebih RM45,000. Tapi kalau dulu kita guna RM4,000 untuk beli beg tangan, mungkin beg itu kini sudah pudar warnanya, berhabuk dalam stor, atau mungkin juga dimakan anai-anai.

Bila kita beli barangan berjenama, kita bayar untuk gaya. Tapi bila kita beli emas, kita simpan nilai. Dan nilai itu tidak akan pupus, walau zaman berganti.

Emas tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Ia bukan simbol kekayaan, tapi simbol kebijaksanaan. Ia bukan untuk ditayang di mata manusia, tapi untuk kelangsungan hidup yang terpaling selamat khususnya apabila kita diuji.

Itulah sebabnya di GB Gold Malaysia, kami percaya semua orang berhak mulakan simpanan emas, walaupun sekecil 0.1 gram. Sebab kami tahu, nilai kecil hari ini boleh jadi besar esok hari. Reka bentuk kami seperti One Ummah, Alif, dan kolaborasi khas bersama Bulan Bintang bukan sekadar cantik dan unik, tapi dicipta untuk mudah dimiliki dan mudah disimpan oleh sesiapa saja. Tak kira anda pelajar, ibu bekerja, suri rumah, atau usahawan.

Jadi, jangan lagi bandingkan emas dengan barangan berjenama. Beg tangan boleh koyak, kasut boleh haus, jam boleh mati… tapi emas? Walau kemek, terbakar, atau patah, ia tetap bernilai tinggi. Dan dalam dunia yang tak menentu ini, kita semua perlukan sesuatu yang bernilai tetap kukuh bukan semata-mata cantik di mata.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles