Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Event Gallery

GB Gold Malaysia terima pensijilan patuh syariah

Tanggal 3 Mac 2024 menjadi titik tolak buat Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold Malaysia) apabila menerima pensijilan patuh syariah daripada Elzar Shariah Solutions & Advisory.
.
Sejak memulakan operasi perniagaan, GB Gold Malaysia telah berusaha memartabatkan nilai syariat dan integriti dalam perniagaan emas. Pengiktirafan tersebut sekali gus meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan pelanggan terutamanya yang beragama Islam.
.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen berkata, pengiktirafan tersebut begitu bermakna kepada GB Gold Malaysia dalam memperluas jalinan perniagaan secara tidak langsung membuktikan pihaknya sentiasa berdiri teguh di belakang prinsip-prinsip kepatuhan syariah dalam setiap aspek perniagaan.
.