Processing...

Event Gallery

Majlis berbuka puasa GB Gold Malaysia dan Alif Satar meriah (Part 2)

Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold) baru-baru ini melantik selebriti terkenal Alif Satar sebagai duta jenama tersebut.

Pelantikan individu yang terkenal dengan Gerakan Subuh Macam Jumaat itu antara usaha GB Gold untuk menarik minat orang ramai dalam penyimpanan emas.

Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen berkata, Alif merupakan individu yang mempunyai aura positif dan pemilihan beliau sebagai duta diharap dapat mendidik ramai orang berkenaan kelebihan menyimpan emas.

“Saya sangat suka perwatakan Alif Satar, contohnya Gerakan Subuh Macam Jumaat yang digerakannya.

“Beliau juga seorang yang ceria dan bersemangat jadi kita rasa Alif amat sesuai untuk menjadi duta dan mengajak orang buat perkara kebaikan seperti simpanan emas,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Memperkenalkan Alif Satar sebagai duta pada Jumaat.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 1500 tetamu.